MUZAKARAH SULIT??

22 06 2009

 Abdullah bin Masud R.A berkata, bersabda Nabi SAW;

 إِذَا كُنْتُمْ ثَلَاثَةً فَلَا يَتَنَاجَى اثْنَانِ دُونَ صَاحِبِهِمَا

Maksudnya; “Apabila kamu bertiga, maka jangan dua kalangan kamu berbisik-bisik tanpa satu lagi[1]”

Dari hadis ini, kita dapati nabi SAW melarang berbisik-bisik antara dua kawan dikala hadir orang yang ketiga. Larangan itu bersebab, dibimbangi melahirkan keraguan dari pihak yang ketiga terhadap bisikan antara dua pihak tersebut.

Berkenaan dengan isu muzakarah, ia adalah satu tuntutan dalam islam. Pun begitu, dalam kes PAS dalam PR yang terdiri dari dua parti bersama, iaitu PKR dan DAP, tindakan bermuzakarah secara sulit-sulit dengan UMNO adalah tindakan yang bercanggah dengan islam. Tindakan ini akan melahirkan keraguan PKR dan DAP terhadap PAS, lebih-lebih lagi PAS yang amat sinonim dengan parti yang didominasi oleh orang melayu sepertimana UMNO.

Justeru, muzakarah bukanlah larangan dalam islam, malah ia adalah tuntutan. Tetapi, muzakarah yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi adalah larangan, kerana ia melahirkan keraguan dalam diri sahabat dari PKR dan DAP.

Yang lebih penting diingati, UMNO adalah parti yang sedang kelemasan. Orang yang terdesak, sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan diri mereka. Makanya, tindakan melakukan muzakarah dengan UMNO perlu berhati-hati, kerana dibimbangi ia merupakan perangkap yang dilancarkan untuk memecah belahkan antara parti PR sepertimana sejarah dalam Barisan Alternatif terdahulu.

Sekian Al-Bakistani

Advertisements




Email Kepada DSAI

30 04 2009

Datuk Seri Anwar, Saya akan terus memberi beberapa pendapat yang dirasakan membantu kita semua memikul Amanah Allah ini. Setelah 8 Mac, angin perubahan yang dinanti tiba dengan keadaan yang bagi saya bukan mengejut tetapi telah dirancang oleh Allah s.w.t, namun memang terdapat YB-YB yang menang dengan perasaan terkejut sebab masa hendak bertanding dulu pun tunggu dipujuk dan dibangunkan keyakinannya. Apa yang terbuku di pemikiran saya selama ini tidak kesampaian dan tidak nampak ia akan dilaksanakan berdasarkan maklumat yang diterima mungkin juga tidak sampai kepada saya. Saya tuntut perubahan ini.

Pertama: Dasar kerajaan Negeri perlu jelas, diperjelaskan melalui pelaksanaan dan perangkaan yang kemas. Dasar-dasar kerajaan negeri lama masih terpapar di dada web rasmi Kerajaan Negeri Selangor perlu dibuang dan digantikan dengan wawasan dan dasar baru yang perlu diisi serta diterangkan kerangka pelaksanaan termasuk garis tuju serta pembatuan kerja. Apa pentingnya dasar-dasar ini diubah, bagi memberi pandangan perbezaan antara kita dan kerajaan terdahulu. Memberi wawasan dan harapan baru kepada Kakitangan Awam bagi merealisasikan perjuangan rakyat negeri Selangor, dan sebagai titik mula angin perubahan serta halatuju baru bagi mengelak perbezaaan paradigma.

Kedua: Membersihkan tingkat 21 dengan kumpulan pelaksana yang baru yang dikenalpasti akan kesetiaan mereka terhadap kerajaan baru Pakatan Rakyat, sebolehnya dengan struktur pentadbiran yang baru, pengisian penambahan atau perubahan kedudukan serta peranan baru bagi menyokong kehendak dan hasrat dasar-dasar baru yang ditetapkan di resolusi Pertama. Ini bagi mengelak penyaluran maklumat penting kerajaan, unsur sabotaj, kelewatan pelaksanaan, mengelak prejudis berpanjangan, dan pembahagian kerja yang lancar, sekaligus memberi ruang kepada kakitangan bertugas dengan penuh amanah tanpa rasa mereka diawasi. Sudah tentu kakitangan ini akan lebih produktif dan tenteram menjalankan amanah yang diberikan.

Ketiga: Mengubah struktur sokongan, kerajaan negeri Kerajaan Tempatan terutama GLC serta agen-agen kerajaan negeri yang selari dengan resolusi pertama yakni dasar yang akan diperkenalkan. Agak janggal resolusi ini dikeluarkan setelah lebih 6 bulan tiada sebarang perubahan dasar dibuat. Apa yang dilaksanakan sekarang cuma pelaksanan janji pilihanraya atau manifesto. Kerajaan negeri mesti mempunyai kerangka utama yang selari dengan manifesto bagi merangka masa depan Kerajaan Negeri Selangor Baharu. Kerajaan Tempatan perlu distruktur atau diubah dengan mengelak agen-agen kerajaan lama bertapak, Little Napoleon dibasmi. Bukan kerajaan yang ada menjadi agen kepada agen-agen lama ini. Sehingga kini tiada YDP atau sebahagian Kerajaan Tempatan yang bermasalah dirombak walau ada alasan kukuh, perlantikan persekutuan juga perlu dikaji akan keperluannya, jika tiada peranan dan kerjasama yang dapat diadakan antara persekutuan dan negeri kenapa perlu kita mengekalkan kedudukan mereka dinegeri?

Keempat: Memberi ruang dan peluang kepada “orang politik” dilandasan yang berbeza, menghormati pendapat dan pandangan mereka sebagai asas kepada pengubalan sebarang dasar dan perubahan yang perlu digariskan di resolusi pertama, Perhubungan Negeri menjadi medan menjana idea baru dan cadangan baru yang dibawa ke mesyuarat Pakatan Rakyat dan seterusnya dibincangkan di peringkat mesyuarat EXCO serta mesyuarat eksekutif yang lain. Ketua-ketua bahagian diberi tempat dimana mana jua ruang kosong yang boleh diisi baik dari segi peluang ekonomi dan kerjasama sosial. Adalah agak pelik melihat lagak seorang ketua yang hadir dari ruang dan sokongan bahagian-bahagian melupakan peranan mereka, perlu diingat tanpa ruang yang diberikan tidak mungkin apa yang berlaku sekarang. Saya ambil contoh :- Bahagian Kuala Selangor : tanpa laluan yang diberikan oleh Timbalan Ketua Bahagian selaku Ketua Bahagian ketika itu tidak wujud ketua Bahagian yang digelar MB Sekarang ini. Memberi peluang bukan bererti kita membalas, tetapi naturalnya politik mesti berlandaskan kepada kesedaran ini. Politik bukan perniagaan yang hanya mampu dijual beli. Pada satu ketika kedudukan anda mungkin sudah tidak dapat dibeli dengan sebarang nilai pun. Dasar politik mendepani Kerajaan tidak wujud di Selangor.

Kelima: Memperkukuhkan Perhubungan Negeri dan Bahagian dari segi kekuatan fizikal dan jentera, bahagian sepatutnya diberi bantuan supaya membangunkan ekonominya sendiri, aset, jentera yang berwibawa, berketrampilan melalui latihan latihan khas, dana dana yang mencukupi bagi menjalankan aktiviti parti yang seterusnya tidak akan meneruskan pergantungan kepada Kerajaan memerintah, agar kemenangan ini berterusan dan parti menjadi pusat minat orang muda mengembleng generasi pimpinan baru. Mereka juga perlu mempunyai imej, mendapat tempat sewajarnya didalam masyarakat sekitar sebagai pengerak desakan rakyat.Menjadi medan jatuhnya kerajaan jika terjadi, tempat mengadu ahli, menjadi momentum asas kepada segala riak perubahan suara rakyat. Kerajaan sekarang tidak boleh bangun dengan hanya cantik diatas, tetapi rompong dibawah, penyokong dan ahli inilah asas yang paling perlu dipertahankan. Mana mungkin parti berdiri tanpa AHLI.

Keenam: Media yang berkesan dan penerobosan media alternatif kepada rakyat, termasuk yang ditempatkan di peringkat Kerajaan Negeri peranan Setiausaha Akhbar, Pegawai Media, Perhubungan Awam perlu dipertingkatkan, berperanan sebagai penyebarluaskan sebarang perlaksanaan yang dibuat oleh kerajaan negeri, Pengiktirafan kepada media sokongan seperti Blogger perlu dengan mewujudkan Blogger Selangor, bagi menangkis serangan negatif pihak lawan, tidak perlu menunggu diserang, tetapi media harus terus menerus memberi penerangan kepada rakyat. Apa yang nampak, segalanya cuma dimeja mesyuarat nampak cantik, rakyat tidak tahu menahu walau seindah mana pelaksanaanya. Ini akibat kefahaman politik yang tidak memerlukan keadaan ini berlaku. Lantas berkata gimik tidak perlu, membazir masa dan wang.

Ketujuh: Sebagai Muslim, jauhi unsur sekularisma dalam pentadbiran negeri, sayangi Islam, Melayu sebaiknya pertahankan peranan masing masing dalam apa jua keputusan. Bermatian dalam memutuskan yang hak. Dalam keadaan itu, keperluan bukan Islam tidak terpinggir, dengan maksud lain, Pentadbiran ini perlu diasaskan dengan keperluan agama dan rohani. Unsur SEKULARISMA ini perlu dibuang, atau unsur Free Thinking perlu dihapus. Apa yang akan terjadi Agama menjadi bahan politik dan sekunder dalam keputusan keputusan yang dibuat. Sepatutnya kerajaan Negeri mempelopori perubahan ini dengan mewujudkan Majlis Dialog Agama dinegeri Selangor, bukan untuk hebahan tetapi mencari titik temu antara sebarang persoalan yang membabitkan keperluan agama masing masing.

Kelapan: Kualiti kepimpinan yang tinggi , berdisiplin , sayangkan rakyat, taat kepada Agama, pimpinan perlu dilihat mampu mempimpin diruang yang dia mahir atau bidang professionalnya, mungkin sekali sekali dinampakan memimpin jemaah solat, menghantar jenazah kekubur, bermain bola, melayani anak anak kecil, menuntuni orang tua, Bukan lagaknya seperti CEO dengan bertali leher dan kot siang malam. Jika kualiti kepimpinan ini tiada padanya beliau perlu membawa kepimpinan lain bersamanya untuk mengimbangi kekurangan yang ada padanya, mungkin dibelakangnya seorang Imam, jurulatih bola, guru tadika atau pengusaha rumah orang tua. Jika ia sudah terlaksana tunjukan kepada rakyat, kita tidak boleh kata ini untuk menunjuk nunjuk, tetapi peranan pemimpin memang memberi contoh yang terbaik kepada rakyat. Tidak boleh mengatakan ini gimik, ia perlu diteladani oleh pimpinan bawahan. Ambil contoh Rasullah terlebih dahulu melakukan apa yang baik untuk diteladani orang sahabat sahabat. Adakah dengan mencontohi Rasullah menjadikan apa yang dilakukan jadi tidak ikhlas?. Diulangi itu peranan pemimpin menjadi teladan kepada rakyat. Jadi peranan resolusi perkaitan media diatas menjadi sandaran.

Kesembilan: Jangan perkecilkan peranan masing-masing, ambil kisah semut Nabi Sulaiman, Burung di pintu gua nabi, dan lain lain kisah. Masing masing ada peranan yang amat berguna pada ketika dan masanya atau keadaan tertentu yang tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh orang itu atau pimpinan itu. Mengepikan dengan alasan tidak professional, tiada kelayakan akademik, itu dan ini dengan memecat sesuka hati adalah tabiat yang kurang murni dalam politik, pimpinan perlu sedar anda mungkin memerlukan “setitik” air untuk hidup ketika anda kehausan. Pada ketika itu anda tidak akan memikirkan air jenis apa yang akan anda minum. Beringat sebelum anda kehausan. Menganggap orang dirinya lebih sempurna dan orang lain bagai sampah boleh dikuis dan disepak-sepak adalah silap. Kapal terbang boleh jatuh dengan “selotape” saja. Tidak mengulas panjang tentang itu. Apa yang jelas semua berperanan, jangan nafikan peranan mereka, sekurang kurang berilah mereka ditempat yang sesuai dengan peranan tertentu.

Kesepuluh: Baca, tenung dan kaji dengan teliti setiap perenggan yang tulis, ambil pendekatan positif, penulis hanya mentelah tetapi diberi ilham agar semua perkara ini disentuh dan diambil tindakan serious serta efektif.

Didalamnya ada cadangan serta implikasi juga penyelesaiannya. Sehingga kini masih kedengaran suara suara yang sama yang kita dengar setahun yang lalu, apa yang jelas parti tiada perubahan, kekuatan parti dibahagian masih lemah, pengurusan keahlian masih lesu, pendokong parti longlai.

Namun ada yang pandai “marah” tatkala tidak cukup jentera parti berkempen di Batang Ai dan Bukit Selambau tempohari. Tidakkah semua yang ada berfikir sejenak? Ahli – perlu dilayan dengan baik, sepatutnya satu program pentarbiyahan ahli baru dibuat atau dengan kata lain, program orientasi organisasi parti perlu dibuat bagi menjamin ahli yang setia dan menjalankan hak mereka sebagai ahli. Satu program penyerahan kad ahli melalui sistem keahlian yang kononnya sudah mantap di ibupejabat sepatutnya dimanafaatkan. Mungkin ahli yang berdaftar dipanggil untuk sesi pengenalan kepada perlembangaan parti, organisasi parti, hak ahli, menanam kesetiaan ahli. Ramai ahli yang merungut tentang ini.

Bahagian – Ada bahagian yang tiada pejabat, menumpang atau sewa tidak terbayar, setengahnya sudah ada bahagian yang telah dihalau oleh tuan punya bangunan. Program parti tidak berjalan, cawangan dan ahli tidak digerakkan, tidak ada aset yang dibangunkan, alasan ketiadaan dana. AJK kucar kacir atau berpuak puak, mesyuarat bukan untuk merancang tetapi menjadi medan perang dan pelbagai lagi kelemahan yang jelas dilihat.

Perhubungan Negeri – Mesyuarat tidak fokus, hanya berkisar kepada agenda jangka pendek dan semasa, tiada dasar yang dikupas bagi menasihati kerajaan negeri sebagai parti yang memerintah. Keadaan pejabat yang sungguh mengecewakan, tidak dimanafaatkan dengan pelbagai perbincangan mesyuarat mahu taklimat secara aktif, malah yang tidak tahu dimana lokasinya pun ada. Tiada sistem komunikasi yang berkesan. Sistem penyampai yang amat lemah, tiada sebarang sebaran propaganda atau hebahan mahu dalam bentuk media atau blog.

Pusat Khidmat Masyarakat – Tiada KPI yang diguna pakai yang jelas, masing masing dengan kaedah dan cara perkhidmatan yang tersendiri, gaya dan penyampaian yang berbeza dan berpilih. Tidak menyeluruh, tiada sistem promosi atau pemasaran produk kerajaan sekarang. Media tidak dimainkan, lokasi dan kedudukan kekadang menyusahkan pengunjung dan rakyat susah, tidak mesra rakyat malah kekadang tutup. Setengahnya tidak melibatkan bahagian (memanglah itu hal pentadbiran negeri tapi bendera penuh juga), tidak mencerminkan atau meraih political milage kepada parti yang memerintah sekarang.

SUK – No komen itu tempat YB masing masing….





Surat Tuan Guru Nik Aziz kepada YB Nga Kor Ming

10 04 2009

13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera

Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.

* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *

TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS





Nasib Elizabeth diumum esok: MB

20 03 2009

KUALA SELANGOR- Status terkini kedudukan Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong hanya akan ditentukan selepas perbincangan rasmi dibuat esok.

Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perbincangan lebih lanjut mengenai masa depan dan peranan Exco berkenaan dalam pimpinan kerajaan negeri akan dibuat sebelum keputu-san secara rasmi diumumkan.

Namun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai kedudukan ADUN Bukit Lanjan itu bagi menggelakkan sebarang spekulasi timbul ketika ditemui Sinar Harian sempena Sambutan Satu Tahun Pentadbiran Kerajaan Baru Negeri Selangor di sini, semalam.

Sementara itu, Khalid juga tidak menghalang siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas ke atas Keupayaan, Kebertanggung-jawaban dan Ketelusan (Selcat) terhadap kes yang dirujuk termasuk isu Lembu, Lexus dan pasir.

“Saya sedia hadir sekiranya dipanggil oleh Selcat bagi memberi penjelasan beberapa isu yang berkaitan bagi membolehkan rakyat tahu perkara sebenar dan tujuan pimpinan rakyat terhadap isu yang dibangkitkan itu,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata demikian mengenai siasatan Selcat terhadap kes yang dirujuk termasuk isu Lembu, Lexus dan pasir.

“Selcat yang dipengerusikan Speaker itu berhak memanggil sesiapa sahaja untuk memberi penjelasan terhadap isu termasuk saya sebagai Menteri Besar dan mesyuarat akan dimulakan dengan isu Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) pada 23 Mac ini,” katanya.

Terdahulu,isu Lembu, Lexus dan pasir yang melibatkan adik Abdul Khalid juga tidak terlepas daripada siasatan sekiranya fail yang berkaitan kes terbabit dirujuk kepada Selcat.





Langkah sumbang Khir Toyo

1 03 2009

HANYA semata-mata mahu mengaut politik murahan untuk mendapat sokongan perwakilan pemuda dalam perebutan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Dato’ Seri Mohamad Khir Toyo cuba berlagak hero. Tetapi malangnya langkahnya sumbang. Khir mahu menjadi jaguh, untuk memerangi rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Khir sebenarnya hanyalah seorang jaguh kampung yang desprado. Menghentam Pakatan Rakyat secara semberono, hasil maklumat juak-juak Umno yang masih berjawatan dalam kerajaan dan anak-anak sytarikat kerajaan negeri Selangor. Khir tidak layak menjuarai isu-isu rasuah kerana sepanjang dua penggal pemerintahannya beliau dipalitkan dengan puluhan tuduhan kes-kes rasuah di Selangor. Malangnya pendakwaan terpilih dibuat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu, yang khabarnya akibat ketakutan mereka untuk bertindak kerana duduk di bawah telunjuk Umno. Beberapa minggu sahaja Khir dilantik menggantikan Tan Sri Abu Hassan Omar sebagai Menteri Besar Selangor, sudah ada dakwaan rasuah terhadap beliau dikemukakan kepada BPR, khususnya dakwaan yang dikemukakan oleh wartawan Ahmad Lutfi Othman. Khabarnya Menteri yang menjaga undang-undang ketika itu, Dato’ Seri Rais Yatim sudah mengangkat fail kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, kerana dikatakan selepas BPR membuat siasatan, wujud beberapa keraguan.

Soal kenapa tidak diambil tindakan, tanyalah kepada kerajaan dan Umno. Banyak kes-kes rasuah membabitkan pemimpin Umno ditutup dan dilindungi. Bukan soal kes Khir Toyo sahaja. Kes Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Seri Rafidah Aziz, yang dibawa oleh Mohamed Ezam Mohd Nor, mengapa diperamkan begitu sahaja? Kalau BPR dulu, tidak mahu mengambil tindakan kerana mereka duduk direct dibawah ketiak pemimpin Umno, sekarang ini sudah jadi suruhanjaya, bertindaklah kalau benar-benar telus.

Saya percaya Ezam pun hendak mengetahui status dakwaan rasuah yang dibuatnya sebelum ini, walaupun beliau sudah menjadi salah seorang anggota parti perasuah (politik wang dalam pemilihan). Berbalik kepada cerita Khir Toyo, kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat bukan tidak mahu membongkar satu persatu ‘tahi-tahi Khir yang bersepah-sepah’ semasa menjadi MB Selangor dahulu. Namun pada penulis, kelemahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ialah beliau lambat bertindak terhadap banyak dakwaan penyelewengan yang wujud di zaman Khir.

Ada puluhan kes membabitkan Khir secara khusus sudah dikenalpasti. Untuk bersikap adil kepada Menteri Besar Selangor, mungkin beliau tidak perasan kes-kes tersebut, mungkin juga beliau ‘tersekat’ untuk bertindak kerana ramai ‘barua-barua’ Khir Toyo masih duduk dalam kerajaan dan anak-anak syarikat kerajaan negeri. Penulis difahamkan kebanyakan penjawat politik dalam kerajaan dan anak-anak syarikat diisikan oleh Khir, dengan juak-juaknya yang terdiri daripada pemimpin Umno peringkat bahagian, pemuda dan puteri, masih ramai yang bertenggek di pusat pentadbiran kerajaan.

Pakatan Rakyat, secara khususnya Khalid, tidak wajar membiarkan ‘anai-anai’ ini terus merobek keutuhan kerajaan. Mereka adalah ‘duri dalam daging’ yang gunanya hanya untuk mensabotaj Pakatan Rakyat. Semua lantikan politik harus ditapis dan dirombak segera. Mereka yang benar-benar genuine dan tidak berpihak sahaja harus menjadi pegawai-pegawai kerajaan negeri. Jika tidak mereka akan menjadi ‘mata dan telinga’ Umno-BN, yang dibayar gaji oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Khalid harus bertindak segera, ‘jangan sudah terhantuk baru hendak terngadah’. Jika wujud anggapan, selepas diserang teruk baru Khalid, tersentak dan hendak membalas ‘kedurjanaan’ Khir Toyo, itu kan kurang baik. Masanya belum terlambat untuk Pakatan Rakyat retaliate.

Sebelum mereka lebih rakus dengan pendekatan rough politics, kemaraan mereka harus disekat. Pakatan Rakyat mesti terus membongkar penyelewengan Umno-BN dan Khir segera, dengan menyenaraikan dakwaan rasuah mereka untuk tatapan rakyat Selangor. Pakatan Rakyat harus pastikan senjata rasuah yang digunakan untuk menyerang Khalid dan kerajaan negeri, ‘menikam’ mereka kembali. Khir Toyo tidak layak menjuarai isu rasuah. Lagi banyak dakwaan penyelewengan terhadap Pakatan Rakyat, hanya akan mendedahkan muslihat jahat Umno-BN.

Keangkuhan Khir Toyo harus disekat. Rakyat Selangor kini, patut menghadiahkan ‘penyapu’ kepada beliau, kerana menjadi ‘tukang sapu dan tukang kaut’ harta-harta rakyat di Selangor. Akhirnya, rakyat mesti teguh berada di belakang Pakatan Rakyat dan memastikan Umno-BN, khususnya Khir, menjadi ‘kera sumbang’ dalam arena politik negara.





Fakta Krisis Perlembagaan Perak

7 02 2009

YAB Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar Jamaludin menafikan laporan akhbar perdana dan TV1 berhubung ura-ura mengambil tindakan mahkamah terhadap DYMM Tuanku Sultan Perak. Laporan itu adalah fitnah dan pembohongan besar UMNO/BN untuk menyembunyikan pencabulan undang-undang yang mereka lakukan dalam rampasan kuasa di Perak.

Tindakan dari sudut undang-undang yang akan diambil ialah terhadap ADUN Pangkor, YB Dato’ Dr. Zambry Abdul Kadir yang mengangkat sumpah sebagai MB di Istana Iskandariah petang tadi. Angkat sumpah tersebut bercanggah dengan perlembagaan kerana Dato’ Seri Haji Nizar masih sah sebagai MB mengikut perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri Perak.

Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar akan memohon perisytiharan mahkamah bahawa beliau adalah Menteri Besar negeri Perak yang sah mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri.

Perkara 16(6) memperuntukkan MB hanya boleh lucut jawatannya melalui 3 cara:

1. Pembubaran DUN.
2. Undi tidak percaya dalam sidang DUN.
3. Meletak jawatan.

Perlantikan YB Dato’ Dr. Zambry sebagai MB baru adalah tidak sah kerana YAB Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar masih tidak lucut jawatannya melalui mana-mana antara 3 cara yang diperuntukkan oleh undang-undang perlembagaan tersebut.

Merujuk kepada perenggan akhir Kenyataan Media Pejabat Tuanku Sultan petang 5 Februari yang menyatakan “Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK itu dianggap telah dikosongkan”, Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar menegaskan bahawa ia tidak menepati mana-mana peruntukan Undang-Undang Perlembagaan berhubung ‘lucut jawatan’ Menteri Besar.

Menjawab soalan wartawan berhubung kedudukan sebenar Kerajaan Negeri Perak selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar baru di Istana Iskandariah petang tadi, Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar mendesak UMNO supaya memberhentikan tindakan melanggar perlembagaan yang telah dan sedang mereka lakukan. “I’m still the legitimate Chief Minister of Perak. Hari ini Perak ada dua Menteri Besar. Saya sebagai Menteri Besar yang sah dan Dr. Zambry sebagai Menteri Besar haram” katanya.

Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar turut menyelar UMNO kerana takut berdepan dengan pembubaran DUN dan pilihanraya negeri untuk mendapat mandat muktamad dari rakyat. “UMNO dayus dan UMNO pondan kerana sanggup mengeksploit institusi Raja secara jahat untuk merampas kuasa diluar batas undang-undang dan perlembagaan.”

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan himpunan membantah perlantikan Menteri Besar baru di Bukit Chandan selepas solat Jumaat petang tadi tiada kena mengena dengan Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar. Bantahan yang disuarakan itu adalah manifestasi hasrat dan suara rakyat yang kecewa dengan konspirasi politik yang dicetuskan oleh UMNO.

PAS Perak kesal dengan tindakan pasukan keselamatan yang bertindak melepaskan gas pemedih mata sehingga ke dalam kawasan Masjid Ubudiah yang akhirnya mencetuskan suasana kecoh berhampiran Istana Iskandariah.





Apa Pendirian PKR Tentang Hudud?

30 12 2008

Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu baru-baru ini meminta pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendiriannya berhubung hasrat PAS untuk memperkenal hukum Hudud (Kanun Jenayah Syariah) di negara ini. Permintaan yang sama turut dibuat oleh Karpal Singh dan masyarakat Malaysia. Apa yang susah sangat nak jawab? Kita boleh jawab saja macam ini!

Jawapan:

1. Masyarakat bukan Islam tak perlu bimbang langsung kerana undang-undang Islam tidak akan dipaksakan ke atas mereka. Islam agama adil yang menghormati hak penganut agama-agama lain.

2. Kepada masyarakat Islam, undang-undang Islam wajib dilaksana tetapi secara berhikmah, bukan secara tergesa-tergesa. Kita tegaskan bahawa semua undang-undang Islam memang wajib ke atas umat Islam tetapi kita bagi jaminan tidak akan dilaksanakan secara tergesa-tergesa.

3. Kita kena faham bahawa sudah lama imej Islam diburukkan oleh pemahaman salah umat Islam berhubung kenyataan salah kepimpinan UMNO sebelum ini. Contohnya, ada pemimpin UMNO yang memfitnah bahawa menurut undang-undang Islam, 4 saksi diperlukan dalam kes rogol! Ini tidak benar. Kenyataan salah seperti ini yang membuatkan Islam kelihatan buruk.

4. Berhubung pelaksanaan undang-undang Islam, kita akan mulakan dengan kaedah pendidikan di sekolah di mana dalam matapelajaran agama Islam, pelajar akan diberi penerangan tentang undang-undang Islam yang sebenar. Salahfaham mesti diperbetulkan. Contohnya, bukan semua kes mencuri dihukum dengan potong tangan. Nabi Muhammad menjelaskan bahawa hukuman hudud tidak perlu dilaksanakan dalam kes kes yang ada keraguan. Orang yang mencuri kerana miskin contohnya. Islam tidak fanatik hendak memotong tangan orang. Islam mengiktiraf kaedah takzir (iaitu hukuman yang bukan hudud ) dalam kebanayakan kes..

5. Berhubung isu besar seperti ini, kita tidak setuju bahawa ia perlu diputuskan secara individu oleh mana-mana pemimpin. Seperi isu bahasa untuk Sains dan Matematik. Keputusan yang dibuat secara tiba-tiba tanpa konsultasi dan perbincangan, dan pelaksanaan secara tergesa-tergesa akan menimbulakan banyak masalah, seperti dalam isu Sains MAtematik sebelum ini..

Kita akan panggil semua pihak, alim ulamak dari seluruh negara tanpa mengira fahaman politik untuk membincangkan solution bagi masalah ini. Pakar undang-undang dan wakil dari Majlis Peguam dan pertubuhan hak asasi manusia akan turut dipanggil untuk memberikan pandangan dalam proses mendraf undang2 yang selaras dengan syariah Islam.

5. Selepas beberapa tahun, survey akan dibuat untuk melihat penerimaan umat Islam terhadap isu ini. Sekiranya terdapat banyak tentangan, mungkin undang2 Islam boleh dibuat secara berperingkat. Sebagai contoh, untuk ahli-ahli PAS dan orang Islam yang ingin kepada undang2 Islam, mereka boleh menandatangani borang menyatakan mereka ingin undang2 Islam dilaksanakan ke atas mereka. Justeru, tidak timbul masalah undang2 Islam dipaksakan ke atas sesiapa.

Kita yakin kebaikan undang-undang Islam akan terserlah apabila ia mula dilaksanakan dan tidak timbul langsung sebarang paksaan.

Sebagai manusia, Kita mungkin tersilap dan sedia menerima teguran.