Apa Pendirian PKR Tentang Hudud?

30 12 2008

Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu baru-baru ini meminta pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendiriannya berhubung hasrat PAS untuk memperkenal hukum Hudud (Kanun Jenayah Syariah) di negara ini. Permintaan yang sama turut dibuat oleh Karpal Singh dan masyarakat Malaysia. Apa yang susah sangat nak jawab? Kita boleh jawab saja macam ini!

Jawapan:

1. Masyarakat bukan Islam tak perlu bimbang langsung kerana undang-undang Islam tidak akan dipaksakan ke atas mereka. Islam agama adil yang menghormati hak penganut agama-agama lain.

2. Kepada masyarakat Islam, undang-undang Islam wajib dilaksana tetapi secara berhikmah, bukan secara tergesa-tergesa. Kita tegaskan bahawa semua undang-undang Islam memang wajib ke atas umat Islam tetapi kita bagi jaminan tidak akan dilaksanakan secara tergesa-tergesa.

3. Kita kena faham bahawa sudah lama imej Islam diburukkan oleh pemahaman salah umat Islam berhubung kenyataan salah kepimpinan UMNO sebelum ini. Contohnya, ada pemimpin UMNO yang memfitnah bahawa menurut undang-undang Islam, 4 saksi diperlukan dalam kes rogol! Ini tidak benar. Kenyataan salah seperti ini yang membuatkan Islam kelihatan buruk.

4. Berhubung pelaksanaan undang-undang Islam, kita akan mulakan dengan kaedah pendidikan di sekolah di mana dalam matapelajaran agama Islam, pelajar akan diberi penerangan tentang undang-undang Islam yang sebenar. Salahfaham mesti diperbetulkan. Contohnya, bukan semua kes mencuri dihukum dengan potong tangan. Nabi Muhammad menjelaskan bahawa hukuman hudud tidak perlu dilaksanakan dalam kes kes yang ada keraguan. Orang yang mencuri kerana miskin contohnya. Islam tidak fanatik hendak memotong tangan orang. Islam mengiktiraf kaedah takzir (iaitu hukuman yang bukan hudud ) dalam kebanayakan kes..

5. Berhubung isu besar seperti ini, kita tidak setuju bahawa ia perlu diputuskan secara individu oleh mana-mana pemimpin. Seperi isu bahasa untuk Sains dan Matematik. Keputusan yang dibuat secara tiba-tiba tanpa konsultasi dan perbincangan, dan pelaksanaan secara tergesa-tergesa akan menimbulakan banyak masalah, seperti dalam isu Sains MAtematik sebelum ini..

Kita akan panggil semua pihak, alim ulamak dari seluruh negara tanpa mengira fahaman politik untuk membincangkan solution bagi masalah ini. Pakar undang-undang dan wakil dari Majlis Peguam dan pertubuhan hak asasi manusia akan turut dipanggil untuk memberikan pandangan dalam proses mendraf undang2 yang selaras dengan syariah Islam.

5. Selepas beberapa tahun, survey akan dibuat untuk melihat penerimaan umat Islam terhadap isu ini. Sekiranya terdapat banyak tentangan, mungkin undang2 Islam boleh dibuat secara berperingkat. Sebagai contoh, untuk ahli-ahli PAS dan orang Islam yang ingin kepada undang2 Islam, mereka boleh menandatangani borang menyatakan mereka ingin undang2 Islam dilaksanakan ke atas mereka. Justeru, tidak timbul masalah undang2 Islam dipaksakan ke atas sesiapa.

Kita yakin kebaikan undang-undang Islam akan terserlah apabila ia mula dilaksanakan dan tidak timbul langsung sebarang paksaan.

Sebagai manusia, Kita mungkin tersilap dan sedia menerima teguran.