MUZAKARAH SULIT??

22 06 2009

 Abdullah bin Masud R.A berkata, bersabda Nabi SAW;

 إِذَا كُنْتُمْ ثَلَاثَةً فَلَا يَتَنَاجَى اثْنَانِ دُونَ صَاحِبِهِمَا

Maksudnya; “Apabila kamu bertiga, maka jangan dua kalangan kamu berbisik-bisik tanpa satu lagi[1]”

Dari hadis ini, kita dapati nabi SAW melarang berbisik-bisik antara dua kawan dikala hadir orang yang ketiga. Larangan itu bersebab, dibimbangi melahirkan keraguan dari pihak yang ketiga terhadap bisikan antara dua pihak tersebut.

Berkenaan dengan isu muzakarah, ia adalah satu tuntutan dalam islam. Pun begitu, dalam kes PAS dalam PR yang terdiri dari dua parti bersama, iaitu PKR dan DAP, tindakan bermuzakarah secara sulit-sulit dengan UMNO adalah tindakan yang bercanggah dengan islam. Tindakan ini akan melahirkan keraguan PKR dan DAP terhadap PAS, lebih-lebih lagi PAS yang amat sinonim dengan parti yang didominasi oleh orang melayu sepertimana UMNO.

Justeru, muzakarah bukanlah larangan dalam islam, malah ia adalah tuntutan. Tetapi, muzakarah yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi adalah larangan, kerana ia melahirkan keraguan dalam diri sahabat dari PKR dan DAP.

Yang lebih penting diingati, UMNO adalah parti yang sedang kelemasan. Orang yang terdesak, sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan diri mereka. Makanya, tindakan melakukan muzakarah dengan UMNO perlu berhati-hati, kerana dibimbangi ia merupakan perangkap yang dilancarkan untuk memecah belahkan antara parti PR sepertimana sejarah dalam Barisan Alternatif terdahulu.

Sekian Al-Bakistani

Advertisements

Actions

Information




%d bloggers like this: